awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan Teluk Ganchong-Lepar ditutup akibat mendapan tanah

Sinar Harian
Sinar Harian
11/01/2026
03:20 MYT
Jalan Teluk Ganchong-Lepar ditutup akibat mendapan tanah
Jalan Teluk Ganchong-Lepar berhampiran Pondok Polis Bukit Kenau ditutup mulai hari ini susulan berlaku mendapan dan runtuhan tanah di bahu jalan. - Foto Sinar harian
PEKAN: Jalan Teluk Ganchong-Lepar berhampiran Pondok Polis Bukit Kenau di sini ditutup mulai hari ini susulan berlaku mendapan dan runtuhan tanah di bahu jalan.
Penutupan itu dimaklumkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang menerusi satu kenyataan dimuatnaik naik di laman sosial pada Ahad.
Menurut kenyataan itu, hanya satu lorong dibuka untuk kenderaan ringan manakala kenderaan berat tidak dibenarkan melalui laluan terbabit buat sementara waktu.
"Penutupan sementara bermula hari ini sehingga tarikh pembukaan penuh diumumkan kelak.
"Pengguna kenderaan berat dinasihatkan menggunakan jalan alternatif melalui FT12 Jalan Kuantan-Segamat dan FT82 Jalan Batu Balik-Pekan (Persimpangan Paloh Hinai)," katanya.
JKR Pahang turut memaklumkan, papan tanda amaran dan arah laluan alternatif dipasang bagi memudahkan aliran trafik.
Katanya, semua pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati dan mematuhi papan tanda.
"JKR Pahang memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama orang ramai.
"Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pejabat JKR Daerah Pekan di talian 09-4222040," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mendapan tanah
#Pahang
#Jabatan Kerja Raya
#Jalan Teluk Ganchong-Lepar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan