awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalan, View Point Wang Kelian ditutup atas faktor keselamatan

Bernama
Bernama
26/11/2025
15:18 MYT
Jalan, View Point Wang Kelian ditutup atas faktor keselamatan
Polis menutup sementara jalan dan View Point Wang Kelian dekat Padang Besar bermula 7 malam tadi kepada semua pengguna berikutan risiko keselamatan disebabkan keadaan cuaca dan struktur jalan tidak stabil. - Foto Facebook Polis Padang Besar
KANGAR: Polis menutup sementara jalan dan View Point Wang Kelian dekat Padang Besar bermula 7 malam tadi kepada semua pengguna berikutan risiko keselamatan disebabkan keadaan cuaca dan struktur jalan tidak stabil.
Ketua Polis Daerah Padang Besar ACP Mohd Shokri Abdullah berkata keputusan itu hasil penelitian risiko serta perbincangan dengan agensi keselamatan dan teknikal di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Sungai Chuchuh petang tadi.
"Penutupan ini sehingga Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesahkan laluan itu kembali stabil, sesuai dan selamat digunakan. Keselamatan pengguna menjadi keutamaan kami," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain JKR, Mohd Shokri berkata agensi terlibat dalam perbincangan itu ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Beliau berkata polis dan agensi keselamatan kini melaksanakan pemantauan 24 jam di kawasan terjejas dan pembukaan semula jalan akan dimaklumkan selepas disahkan benar-benar selamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jalan ditutup
#View Point
#Wang Kelian
#Jabatan Kerja Raya JKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan