awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jambatan Pulau Pinang ditutup Ahad ini

Bernama
Bernama
07/12/2022
11:59 MYT
Jambatan Pulau Pinang ditutup Ahad ini
Jambatan Pulau Pinang akan dibuka dan beroperasi seperti biasa mulai pukul 10 pagi pada hari yang sama selepas tamat acara larian itu. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: PLUS Malaysia Bhd (PLUS) memaklumkan Jambatan Pulau Pinang, di sini akan ditutup sementara sempena acara larian Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang (PBIM) pada Ahad ini bermula dari 12 tengah malam sehingga 10 pagi.
PLUS dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Jambatan Pulau Pinang akan dibuka dan beroperasi seperti biasa mulai pukul 10 pagi pada hari yang sama selepas tamat acara larian itu.
"Sehubungan dengan itu, PLUS menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) sebagai jalan alternatif dan mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan," menurut kenyataan itu.
PLUS mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna lebuh raya serta mereka boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.
PBIM acara sukan tahunan terbesar di utara Semenanjung membuat kemunculan semula dengan larian fizikal tahun ini selepas berehat selama dua tahun dan difahamkan seramai 26,000 peserta telah mendaftar.
Kategori perlumbaan termasuk Maraton Penuh (42km), Separuh Maraton (21km) dan Larian 10km (Terbuka/Junior).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PLUS
#Jambatan Pulau Pinang
#Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang
#jambatan Pulau Pinang ditutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan