awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jambatan Sultan Yusuf ditutup sementara

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
28/08/2017
07:18 MYT
Jambatan Sultan Yusuf ditutup sementara
Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri berkata, penutupan itu dibuat kerana kerja-kerja penyenggaraan komponen jambatan masih lagi diteruskan oleh JKR bersama pihak kontraktor. - Foto Google Maps
Jambatan Sultan Yusuf di Teluk Intan ditutup kepada semua kenderaan sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, penutupan itu dibuat kerana kerja-kerja penyelenggaraan komponen jambatan masih lagi diteruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama pihak kontraktor.
Menurut beliau, papan tanda jalan alternatif telah diletakkan bermula dari Taman Desa Aman (Teluk Intan FT005) manakala dari Sitiawan akan diletakkan di persimpangan Felcra Changkat Lada (A266)
Sehubungan itu, beliau meminta pengguna supaya terus bersabar dan mematuhi papan tanda arah dan keselamatan yang telah disediakan di jalan-jalan yang terlibat.
“Kesulitan pada hari ini untuk kesenangan pada masa depan kita semua. Komitmen dan kerjasama anda amatlah kami hargai serta kemaafan dipohon dari kami atas perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Baru-baru ini, Zainol dalam satu kenyataan berkata, jambatan itu hanya dibuka kepada kenderaan ringan dan ditutup kepada kenderaan berat melebihi dua tan.
Topic Berkaitan
#ditutup
#Ipoh
#jambatan
#Jambatan Sultan Yusuf
#penyenggaraan
#Teluk Intan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan