awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan beri ruang kepada golongan ekstremis - Kurup

Bernama
Bernama
17/12/2014
03:49 MYT
Jangan beri ruang kepada golongan ekstremis - Kurup
Kurup berkata usaha ke arah perpaduan tidak terletak kepada kerajaan semata-mata, sebaliknya perlu dipikul bersama pihak media, termasuk media baharu.
Media di negara ini diminta agar tidak memberi ruang kepada golongan ekstremis atau yang menyebarkan input berbau perkauman dan yang menyentuh sensitiviti agama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Seri Joseph Kurup berkata kerjasama media itu dapat membantu hasrat dan aspirasi kerajaan dalam memperkasakan penyatuan nasional sehingga ke peringkat akar umbi, dalam memelihara kestabilan dan keamanan.
"Saya melihat terdapat kecenderungan sesetengah media menyiarkan perkara negatif yang mengundang kepada keadaan tidak stabil, meniupkan kebencian dan membangkitkan kemarahan rakyat kepada kerajaan, pemimpin atau pihak tertentu tanpa usul periksa," katanya.
Kurup berucap pada Majlis Makan Malam Media anjuran bersama beliau dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di sini, Selasa malam.
Turut hadir Ketua Pengarah JPNIN L. Gandesan.
Kurup berkata usaha ke arah perpaduan tidak terletak kepada kerajaan semata-mata, sebaliknya perlu dipikul bersama pihak media, termasuk media baharu.
Beliau seterusnya mengumumkan bahawa JPNIN akan mewujudkan Anugerah Gemilang Perpaduan untuk menghargai hasil penulisan atau penerbitan yang mengetengahkan isu perpaduan negara dan integrasi nasional dalam media masa.
Topic Berkaitan
#ekstremis
#Joseph Kurup
#perkauman
#sensitiviti agama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan