awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan dedahkan staf kesihatan kepada risiko jangkitan COVID-19 - Dr Noor Azmi

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
20/03/2020
16:06 MYT
Jangan dedahkan staf kesihatan kepada risiko jangkitan COVID-19 - Dr Noor Azmi
Semua kakitangan di bawah KKM sedang bertungkus lumus berpenat dalam memelihara kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi wabak COVID-19. - Gambar hiasan
Orang ramai dinasihatkan supaya bertindak jujur dengan staf kesihatan yang melakukan saringan kesihatan COVID-19 terhadap mereka.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, mereka tidak harus menyembunyikan maklumat sekiranya mempunyai kontak rapat dengan kes positif, mempunyai simptom atau mempunyai sejarah perjalanan ke negara-negara terlibat.
“Jangan dedahkan mereka kepada risiko jangkitan terutamanya kepada keluarga terdekat dengan tindakan tidak jujur yang membahayakan orang ramai,” katanya selepas melawat Hospital Taiping dan Hospital Parit Buntar di sini, pada Jumaat.
Lawatan itu antara lain untuk meneliti kebajikan barisan hadapan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia di samping memahami cabaran yang dihadapi bagi barisan hadapan dalam menghadapi wabak COVID-19.
Ia juga bagi menambah baik keperluan fasiliti dan keperluan lain di hospital di lapangan.
Dr Noor Azmi mengingatkan orang ramai agar mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dengan duduk di rumah, mengamalkan penjarakan sosial apabila terpaksa berada di kawasan lapang di samping menjaga kebersihan diri.
Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat, khususnya KKM yang telah bertungkus lumus berpenat dalam memelihara kesejahteraan rakyat Malaysia dalam menghadapi wabak COVID-19.
“Tidak dilupakan keseluruhan rakyat Malaysia yang terus bersabar dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.
“Kesejahteraan rakyat Malaysia adalah tanggungjawab bersama dan dengan kerjasama keseluruh rakyat Malaysia, kita dapat mengekang penularan wabak COVID-19 ini,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#koronavirus
#Noor Azmi Ghazali
#perintah kawalan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan