awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan guna soket dengan kelengkapan elektrik berlebihan - ST

Bernama
Bernama
19/04/2023
23:30 MYT
Jangan guna soket dengan kelengkapan elektrik berlebihan - ST
Suruhanjaya Tenaga juga meminta orang ramai untuk tidak menggunakan telefon bimbit semasa ia sedang dicas. - Gambar ST
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Tenaga (ST) menasihati orang ramai agar tidak menggunakan soket dengan kelengkapan elektrik yang berlebihan atau beban yang tinggi ketika melakukan persiapan menyambut Aidilfitri.
Dalam kenyataan mengenai tip panduan keselamatan penggunaan elektrik dan gas yang dikeluarkan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri semalam, ST turut menasihatkan orang ramai untuk tidak meninggalkan dapur gas memasak ketika digunakan tanpa pengawasan sepenuhnya.
Suruhanjaya itu juga meminta orang ramai untuk tidak menggunakan telefon bimbit semasa ia sedang dicas.
"Pastikan semua suis dan kelengkapan elektrik yang tidak digunakan di rumah dimatikan sekiranya anda pulang ke kampung atau bercuti," katanya.
ST berkata orang ramai juga perlu menggunakan perkakas dapur gas yang mempunyai label keselamatan ST-SIRIM.
"Jangan bawa peralatan atau kelengkapan yang boleh mencetuskan penyalaan atau 'spark' berhampiran di kawasan dapur memasak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Suruhanjaya Tenaga
#Hari Raya Aidilfitri
#soket
#dapur gas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan