awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan jadi gunting dalam lipatan - Jailani

Bernama
Bernama
14/07/2015
03:07 MYT
Jangan jadi gunting dalam lipatan - Jailani
JAILANI: Untuk penyebar fitnah, saya juga ingin tegaskan yang pihak SKMM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Pengguna laman sosial dan aplikasi WhatsApp diingatkan supaya tidak menjadi gunting dalam lipatan dengan menyebarkan fitnah mengenai isu 'Wall Street Journal' (WSJ) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata pihaknya melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menyebarkan fitnah mengenai isu berkenaan.
"Sebaiknya, kita tunggu keputusan siasatan yang dilakukan oleh pasukan khas yang ditubuhkan dan saya percaya pasukan ini akan melakukan siasatan secara telus dan kita harus tunggu keputusan siasatan," katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian wang ihsan Tabung Bantuan Bencana Agromakanan di sini pada Isnin.
Jailani berkata laman sosial Facebook dan WhatsApp juga bukanlah medium yang tepat untuk membuat teguran dan menasihati seseorang pemimpin.
"Untuk penyebar fitnah, saya juga ingin tegaskan yang pihak SKMM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan di bawah akta," katanya.
Dalam perkembangan lain, Jailani berkata pihak SKMM sedang melakukan siasatan terhadap aktiviti pemasangan parabola secara haram yang dilaporkan berleluasa di beberapa tempat yang sudah dikenal pasti.
"Kita tegas dalam hal ini dan kita tak akan benarkan mana-mana pihak yang tak ada kelulusan untuk pasang parabola bagi kegunaan sendiri yang mana kita dapati pelbagai cara digunakan pihak yang tak bertanggungjawab untuk bawa masuk parabola dari negara jiran.
"Di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memang ada bagi kesalahan ini iaitu kesalahan menyediakan atau memasang parabola tanpa kelulusan KKMM," katanya.
Topic Berkaitan
#Jailani Johari
#Komunikasi dan Multimedia
#SKMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan