awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan lupa asas kemerdekaan negara - Muhyiddin

Sinar Harian
Sinar Harian
31/08/2023
00:25 MYT
Jangan lupa asas kemerdekaan negara - Muhyiddin
Muhyiddin berkata, sempena Hari Kebangsaan wajar untuk memperingati dan menghargai jasa-jasa pemimpin bangsa terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan negara. - Gambar fail/Sinar Harian
SHAH ALAM: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat Malaysia untuk tidak melupakan asas kemerdekaan negara dibina atas terma mengenai hak-hak kaum yang telah dipersetujui secara bersama oleh pemimpin terdahulu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, pematuhan kontrak sosial telah menjadi asas kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama untuk hidup secara aman dan harmoni.
Antara terma tersebut adalah kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, Islam sebagai Agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan hak kerakyatan untuk kaum bukan Melayu dengan syarat-syarat termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Keamanan dan keharmonian yang dikecapi ini telah memberi ruang kepada usaha-usaha untuk mengisi kemerdekaan negara.
“Ini termasuk memacu pembangunan dan kemajuan ekonomi yang telah mengangkat taraf hidup rakyat daripada kehidupan yang mundur dan miskin kepada kehidupan yang lebih maju dan selesa,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu.
Menurut Muhyiddin, sempena Hari Kebangsaan wajar untuk memperingati dan menghargai jasa-jasa pemimpin bangsa terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.
Jelasnya, sepanjang tempoh 66 tahun negara mencapai kemerdekaan dan dalam tempoh tersebut telah membuktikan Malaysia berjaya melalui pelbagai fasa pembangunan dan kemajuan.
“Walau kerajaan manapun yang mentadbir negara, terma-terma menjadi asas kemerdekaan negara dan kemajuan bangsa ini terus dipertahankan serta dilaksanakan menerusi dasar-dasar atau program-program kerajaan yang jelas.
“Semoga Malaysia terus aman, makmur dan harmoni,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Hari Kebangsaan
#kontrak sosial
#Merdeka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan