awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan melampau cari untung semasa LIMA - Mukhriz

Bernama
Bernama
03/03/2015
23:29 MYT
Jangan melampau cari untung semasa LIMA - Mukhriz
MUKHRIZ : Para peniaga perlu turut mengambil kira kuasa beli penduduk tempatan. - Gambar fail
Para peniaga di Langkawi diminta tidak menaikkan harga barang jualan mereka semasa Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA'15) dari 17 hingga 21 Mac ini.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata para peniaga perlu turut mengambil kira kuasa beli penduduk tempatan.
"Orang asing mungkin sanggup membayar kadar (harga barangan yang dikenakan) itu kerana mereka tidak tahu kos di sini, tapi bagi orang tempatan, ia sangat merumitkan. Kalau pun hendak mengaut keuntungan, berpada-padalah. Jangan terlampau sangat," katanya kepada pemberita pada Selasa.
Beliau merasmikan Pusat Khidmat Rakyat Anggota Dewan Undangan Negeri Kuah.
Beliau diminta mengulas fenomena kenaikan harga barang oleh peniaga setiap kali LIMA diadakan, misalnya menaikkan harga roti canai kepada RM5 daripada sekitar RM1 sekeping.
Mukhriz memberi contoh langkah seorang pengusaha kedai makan di Kubang Pasu yang masih mampu meraih keuntungan biarpun menjual makanan pada harga RM2.
Kuantiti jualan akan meningkat apabila berlaku peningkatan mendadak pelancong semasa LIMA, katanya.
Topic Berkaitan
#Lima
#Mukhriz Tun Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan