awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis global sentuh pengangkutan, penjawat awam perlu aktif jelas dasar - PM Anwar
Lelaki mengamuk, ancam polis dengan pisau ditahan
Misi GSF 2.0 tekad "pecah kesunyian", tangkis naratif palsu rejim Israel - Nadir Al-Nuri

Jangan panik, bekalan bahan api di Pulau Pinang masih ada - KPDN

Bernama
Bernama
08/04/2026
11:44 MYT
Jangan panik, bekalan bahan api di Pulau Pinang masih ada - KPDN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menasihati orang ramai agar tidak panik susulan laporan gangguan bekalan bahan api di beberapa stesen minyak di negeri ini. - Foto hiasan/BERNAMA
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menasihati orang ramai agar tidak panik susulan laporan gangguan bekalan bahan api di beberapa stesen minyak di negeri ini.
Pengarah KPDN Pulau Pinang S. Jegan berkata hanya satu syarikat minyak, iaitu Shell memaklumkan berlaku gangguan bekalan sementara berikutan kelewatan ketibaan kapal penghantaran berbanding jadual asal.
"Oleh yang demikian, pihak Shell sedang mengambil langkah sewajarnya untuk menangani isu ini.
"Hasil daripada mesyuarat juga mendapati stesen minyak jenama lain tidak mengalami sebarang masalah dan minyak masih boleh diperoleh dengan mudah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jegan berkata setakat ini, pihaknya hanya menerima satu laporan melibatkan stesen minyak yang menghadapi masalah bekalan RON95, manakala lima stesen lagi terjejas dari segi bekalan diesel, dengan kesemuanya melibatkan stesen minyak jenama Shell.
Terdahulu, tular di media sosial beberapa stesen minyak di Pulau Pinang didakwa mengalami masalah bekalan bahan api, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPDN Pulau Pinang
#bekalan
#bahan api
#tidak panik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.