awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan terperdaya penipuan pendaftaran penghargaan SARA - Amir Hamzah

Bernama
Bernama
31/07/2025
05:00 MYT
Jangan terperdaya penipuan pendaftaran penghargaan SARA - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bercakap pada Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen ke-15 Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan menasihati orang ramai supaya tidak terperdaya dengan penipuan atau scam menjemput mereka membuat pendaftaran bagi inisiatif penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diumumkan Kerajaan MADANI, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Ringkasan AI
  • Tiada pendaftaran diperlukan untuk menerima RM100 di bawah inisiatif SARA; kelayakan adalah automatik bagi warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas berdasarkan data MyKad.
  • Lebih 4,500 premis runcit terlibat, menawarkan 90,000 barangan asas seperti makanan, ubat dan keperluan harian dalam inisiatif SARA; peniaga kecil digalakkan untuk mendaftar dengan Yayasan MyKasih.
  • Kerajaan MADANI peruntukkan RM2 bilion untuk menyalurkan bantuan kepada 22 juta rakyat, serta sokong PMKS melalui peluang niaga dan skim berasaskan keperluan komuniti.

Beliau berkata tiada pendaftaran atau permohonan perlu dibuat oleh warganegara Malaysia memandangkan kelayakan untuk penghargaan SARA adalah secara automatik berdasarkan data semua warganegara dewasa yang memegang MyKad.
Katanya data pemegang MyKad daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan digunakan bagi tujuan pengkreditan penghargaan SARA.
"Kerajaan akan menyalurkan RM100 melalui MyKad secara sekali gus (one-off) kepada setiap pemegang MyKad warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas yang lahir pada 2007 dan ke bawah.
"Seramai 22 juta rakyat Malaysia layak menerima pengkreditan ini secara individu dan langkah ini melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) berhubung proses pendaftaran untuk melayakkan diri menerima RM100 di bawah inisiatif penghargaan SARA untuk semua.
Menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai), Amir Hamzah berkata kementerian mengalu-alukan pendaftaran lebih banyak peniaga kecil untuk terlibat dalam penjualan barangan yang dibenarkan di bawah inisiatif SARA.
Katanya sehingga 29 Julai, terdapat lebih 4,500 premis runcit berdaftar melibatkan penjualan lebih 90,000 barangan keperluan harian dalam 14 kategori -- antaranya barangan makanan asas seperti beras dan telur, kebersihan rumah, ubat-ubatan, keperluan sekolah dan kebersihan diri.
"Mereka (peniaga) hanya perlu mendaftar dengan Yayasan MyKasih dan mengikuti tetapan yang telah diberikan. Kita menggalakkan (pendaftaran) agar dapat melebarkan lagi ruang yang ada.
"Kerajaan juga ada banyak lagi ruang untuk menolong peniaga kecil termasuk skim melibatkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang boleh digunakan untuk merancakkan lagi perniagaan kecil," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kewangan
#Amir Hamzah Azizan
#Dewan Rakyat
#Sumbangan Asas Rahmah
#Kerajaan Madani
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan