awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jasad dua beranak tenang umpama sedang tidur

Sinar Harian
Sinar Harian
02/12/2021
23:15 MYT
Jasad dua beranak tenang umpama sedang tidur
Jasad kedua-dua beranak yang lemas terjatuh bot dilihat dalam keadaan tenang seolah-olah sedang tidur. -Foto Sinar Harian
SUNGAI PETANI: Jasad kedua-dua beranak yang ditemukan lemas selepas terjatuh dari bot ketika mahu memukat udang di perairan Kota Kuala Muda di sini pada Khamis dilihat seolah-olah sedang tidur.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka, Ahmad Fadzli Hashim berkata, mangsa, Mohamad Ariffie A Razak, 68, dan anaknya, Zulhusni Mohamad Ariffie dilihat dalam keadaan tenang.
Beliau berkata, kejadian yang menimpa dua beranak itu juga amat mengejutkan rakan nelayan lain apabila ternampak bot dinaiki mangsa terbalik.
BACA: Dua beranak lemas ketika memukat udang
"Saya difahamkan, nelayan lain yang ternampak mereka terjatuh membawa mangsa pulang ke Jeti Pendaratan Ikan Pasar Bisik sebelum disahkan meninggal dunia.
"Bagaimanapun, kedua-dua beranak itu dilihat dalam keadaan baik, wajahnya tenang seperti sedang tidur," katanya ketika menyampaikan khairat kematian sumbangan kerajaan negeri Kedah kepada isteri Mohamad Ariffie iaitu Latipah Din, 60, di Kampung Matang Bagan di sini pada Khamis.
Tragedi Lemas | Dua beranak mati lemas ketika pukat udang
Ahmad Fadzli menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada Latipah di Kampung Matang Bagan, Sungai Petani pada Khamis.
Sementara itu, Latipah yang mengusahakan nira nipah berkata, sebelum ini suaminya akan membantu setiap kali mahu menyiapkan bekalan minuman itu untuk dijual.
"Tetapi semalam (Rabu), suami tidak membantu, hanya diam.
"Setiap malam sebelum tidur, suami akan berzikir dan berdoa. Itu amalan yang dilakukan sejak dahulu.
"Pagi tadi bila sedar, mereka tak ada di rumah tetapi keluar memukat udang. Tidak lama selepas itu, saya dapat berita kejadian berlaku, agak terkejut juga," katanya.
Menurutnya, sebelum ini, anaknya, Zulhusni sering mengajak abang ipar atau ayahnya untuk turun ke laut kerana jarang berkesempatan berbuat demikian sejak akhir-akhir ini.
"Selepas ayahnya bersetuju nak bawa bot, mereka pergi pagi tadi," katanya.
Tambah Latipah, suami dan anaknya itu jarang sakit, cuma Zulhusni kerap mengalami sawan ketika masih kecil.
Dia bagaimanapun reda dengan ujian yang menimpa kedua-dua orang disayangi itu.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pukat udang
#Ahmad Fadzli Hashim
#Jeti Pendaratan Ikan Pasar Bisik
#Mohamad Ariffie A Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan