awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran hentikan trafik kapal tangki di Selat Hormuz susulan serangan Israel ke atas Lubnan
100 lokasi di Lubnan jadi sasaran Israel dalam tempoh 10 minit
Konflik Asia Barat: TikTok diminta perjelas kesan krisis tenaga dan geopolitik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jasad mendiang Tun Dr Ling Liong Sik selamat disemadikan

Bernama
Bernama
08/04/2026
05:34 MYT
Jasad mendiang Tun Dr Ling Liong Sik selamat disemadikan
Jasad mendiang bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik selamat disemadikan menerusi upacara pembakaran di krematorium Taman Memorial Xiao En, Nilai. - Foto Bernama
Jasad mendiang bekas Menteri Pengangkutan yang juga Presiden Kehormat Seluruh Hidup MCA Tun Dr Ling Liong Sik selamat disemadikan menerusi upacara pembakaran di krematorium Taman Memorial Xiao En, di sini hari ini.
Terdahulu van yang membawa jasad mendiang tiba di krematorium itu pada 12.18 tengah hari.
Upacara hampir sejam itu berlangsung dalam suasana hiba, dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat termasuk Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, yang turut memberikan penghormatan terakhir dengan meletakkan bunga untuk mendiang.
Dr Ling meninggal dunia pada usia 82 tahun, Sabtu lepas, meninggalkan isteri Toh Puan Ong Ee Nah serta dua cahaya mata lelaki Ling Hee Leong dan Ling Hee Keat.
Bekas Presiden MCA itu antara anggota Kabinet paling lama berkhidmat ketika menerajui Kementerian Pengangkutan selama 17 tahun dari 1986 hingga peletakan jawatan beliau pada 2003.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#selamat
#disemadikan
#Dr Ling
#nilai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan