awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Iran sahkan penyertaan Tehran dalam rundingan di Islamabad
Misi bantuan 30 kontena, GSF 2.0 dua inisiatif berbeza - SNCC
Semua calon cemerlang 10A SPM 2025 ditawar program matrikulasi - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jasad seorang lagi kanak-kanak lemas di air terjun ditemui lewat malam

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
21/03/2026
22:13 MYT
Jasad seorang lagi kanak-kanak lemas di air terjun ditemui lewat malam
Mangsa dibawa naik oleh penduduk dengan bantuan pasukan bomba sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Foto JBPM Sarawak
Jasad seorang lagi kanak-kanak yang lemas ketika mandi di Air Terjun Sungai Plan Lot di sini telah ditemui lewat malam Sabtu.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak, Mohamad Fauzi Mohamat Kifli, berkata pihaknya menerima makluman daripada orang awam bahawa jasad Darren Dakun Paruscrum, 12, ditemui penduduk pada jam 11.19 malam, kira-kira lima meter dari tebing air terjun.
“Mangsa kemudian dibawa naik oleh penduduk dengan bantuan pasukan bomba sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Terdahulu, jasad rakan mangsa, Tristan Mariss Marissa Erna, 12, telah ditemui sekitar jam 5.20 petang.
Kedua-dua mangsa bersama dua rakan lain berusia 13 dan 14 tahun dipercayai mandi di kawasan air terjun berkenaan sekitar jam 2 petang, sebelum kelibat mereka hilang dari permukaan air.
Menurut Fauzi, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 3.22 petang dan tiba di lokasi tiga minit kemudian.
Selain pencarian di permukaan air, pasukan penyelamat turut mengaktifkan unit skuba untuk melakukan selaman di dasar air terjun sehingga cuaca mula gelap sekitar jam 7 malam.
Tristan Mariss berasal dari Rumah Bettie Alit, Kabong, manakala Darren Dakun dari Rumah Jugah, Kanowit.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#lemas
#Air Terjun Sungai Plan Lot
#Mohamad Fauzi Mohamat Kifli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan