awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Musyawarah Nasional wadah strategik rumus penyelesaian cabaran ummah - Ahmad Zahid
Bekalan diesel stabil, gangguan hanya isu logistik - Armizan
Bella Astillah perjuangkan keibubapaan berasaskan bukti sebagai duta pertama Aptamil™ KID
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik libat wakil pembangkang - PM

Fareez Azman
Fareez Azman
02/09/2021
10:10 MYT
Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik libat wakil pembangkang - PM
Ismail Sabri memaklumkan bahawa wakil pembangkang akan dilibatkan dalam Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik. - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan wakil pembangkang akan terlibat dalam Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik di negara ini.
Jelasnya, perkara itu diputuskan selepas persetujuan sebulat suara dicapai dalam Sidang Khas Pengurusan Pandemik: COVID-19 berkenaan yang kini ditukar nama kepada Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik.
"Jawatankuasa khas ini bakal melibatkan wakil daripada parti pembangkang.
"Pendekatan ini merupakan salah satu usaha kolektif untuk melibatkan semua pemegang taruh bagi memastikan pemulihan negara berjalan seperti yang telah dirancang, seiring dengan semangat Keluarga Malaysia," katanya dalam kenyataan media pada Khamis.
Sebelum ini, dalam ucapan sulung sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri menyeru seluruh Ahli Dewan Rakyat sama ada di dalam atau di luar kerajaan agar menggembleng tenaga untuk memulihkan semula keadaan negara.
Menurut Ismail Sabri, kesemua ahli politik harus berfikiran terbuka dan berlapang dada menerima, mencungkil persamaan serta mengenepikan perbezaan.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik
#wakil pembangkang
#Sidang Khas Pengurusan Pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan