awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
Institusi pendidikan perlu percepat pengenalan kursus, disiplin baharu - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatankuasa Parlimen Iran lulus rancangan tol Selat Hormuz

Reuters
Reuters
31/03/2026
09:43 MYT
Jawatankuasa Parlimen Iran lulus rancangan tol Selat Hormuz
RUU itu turut merangkumi sekatan yang melarang kapal-kapal yang mempunyai kaitan dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel daripada melalui selat itu. - Gambar/ Reuters
Sebuah jawatankuasa utama dalam Parlimen Iran meluluskan rancangan pengenaan tol bagi kapal-kapal yang melalui Selat Hormuz, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan.
Langkah itu, yang telah melepasi Suruhanjaya Keselamatan Nasional, menggariskan siri peraturan baharu yang mengawal selia laluan air strategik berkenaan, termasuk peruntukan kewangan yang mewajibkan kapal membayar yuran transit dalam mata wang nasional Iran, rial.
Memetik laporan Agensi Berita Fars, ahli suruhanjaya Mojtaba Zarei berkata rang undang-undang itu turut merangkumi sekatan yang melarang kapal-kapal yang mempunyai kaitan dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel daripada melalui selat itu.
Peruntukan tambahan itu juga akan melarang akses bagi negara-negara yang menyertai sekatan unilateral terhadap Iran.
Perundangan berkenaan perlu melepasi undian penuh parlimen sebelum disemak oleh Majlis Pengawal dan ditandatangani oleh presiden untuk dikuatkuasakan sebagai undang-undang.
Ketegangan serantau terus memuncak sejak Israel dan AS melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb, yang mengorbankan lebih 1,340 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu, Ayatollah Ali Khamenei.
Iran telah membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq, serta negara-negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS, sehingga mengakibatkan kemalangan jiwa dan kerosakan infrastruktur, selain menjejaskan pasaran global serta sektor penerbangan.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Konflik Timur Tengah
#Selat Hormuz
#bayaran tol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan