awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
Australia beri amaran tegas kepada Roblox susulan aduan antun seksual kanak-kanak
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JBPM gesa polis percepatkan siasatan kes Adib

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
20/12/2018
11:46 MYT
JBPM gesa polis percepatkan siasatan kes Adib
Hassan As'ari Omar (dua, kiri) bersama Timbalan Pengerusi Karangkraf Datuk Muhammad Nasir Hamzah (tiga, kiri) menyampaikan cek kepada ibu bapa anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib di kediaman mereka. - Foto BERNAMA
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyegerakan siasatan kes kematian anggotanya, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, sehingga pembunuhnya ditangkap seterusnya dihadap ke muka pengadilan.
Demikian tegas Timbalan Pengarah JBPM Selangor, Hassan 'As'ari Omar yang mahu kes ini diselesaikan secepat mungkin kerana ia mengakibatkan nyawa anggota tidak berdosa menjadi korban kekejaman manusia yang tiada hati perut.
Jelas Hassan, perkara seperti ini diluar jangkaan pihaknya sehingga berlaku perkara di luar lumrah manusia.
BACA: Muhammad Adib meninggal dunia
BACA: Kes Muhammad Adib kini diklasifikasikan sebagai kes bunuh - Polis
Malah, beliau turut membawa harapan ibu bapa Allahyarham Mohammad Adib yang menginginkan si pelaku itu ditangkap segera.
"Bagi pihak JBPM, kami mengharapkan satu siasatan yang komprehensif dan telus mesti dilakukan bagi mengenal pasti apakah punca dan siapakah yang melakukan ataupun siapakah sebenarnya yang telah menyebabkan insiden seperti ini berlaku (sehingga) menyebabkan kehilangan seorang wira bomba yang kita sayangi," katanya.
Justeru, beliau juga berharap agar tirai 2018 yang penuh dengan tragis melibatkan bomba dapat dipadamkan menjelang tahun baru 2019, serta pegawai dan anggotanya dapat mempertingkatkan tahap keselamatan meskipun cabaran sentiasa menanti di hadapan.
Terdahulu Hassan, bersama Pemangku Pengarah Bomba Kedah, Mohd Zahar Abdullah mengiringi Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin bersama Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff menziarahi keluarga Mohammad Adib di rumahnya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah pada Khamis.
Dalam kunjungan itu Tengku Sarafudin Badlishah turut menyampaikan sumbangan kepada bapa Allahyarham, Mohd Kassim Abdul Hamid.
Muhammad Adib meninggal dunia selepas mengalami cedera parah setelah dipukul sekumpulan perusuh dalam kejadian rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, bulan lalu.
Allahyarham meninggal dunia pada jam 9.41 Isnin malam setelah tiga minggu bertarung nyawa di unit Rawatan Rapi (ICU) Institut Jantung Negara (IJN).
Topic Berkaitan
#anggota bomba
#bomba
#Hassan 'As'ari Omar
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#JBPM
#Muhammad Adib Mohd Kassim
#PDRM
#polis
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan