awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JDT mara ke separuh akhir Piala Malaysia

Bernama
Bernama
25/02/2026
20:01 MYT
JDT mara ke separuh akhir Piala Malaysia
Pemain Melaka FC Argzim Redzonic (jersi merah) cuba mengasak pemain-pemain JDT FC pada perlawanan Bola Sepak suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka, 25 Feb 2026. --fotoBERNAMA
Juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak memperlahankan rentak apabila mara ke separuh akhir Piala Malaysia dengan agregat 8-1 selepas menewaskan Melaka FC 3-1 dalam aksi suku akhir kedua di Stadium Hang Jebat, Krubong di sini malam tadi.
Sebelum perlawanan, Harimau Selatan sudah meletakkan sebelah kaki ke pentas separuh akhir susulan kemenangan 5-0 pada aksi pertama di Stadium Sultan Iskandar, 13 Feb lepas.
Beraksi di hadapan kira-kira 2,000 penonton, JDT menunjukkan taring apabila mendahului seawal minit ketujuh menerusi jaringan pemain pertahanan kiri Corbin Ong sebelum penyerang sensasi Jairo da Silva menggandakan kelebihan pada minit ke-30.
Memasuki babak kedua, pasukan tuan rumah cuba mencari gol pertama namun sepakan Donghyun Do dari luar kotak penalti pada minit ke-48 sekadar melepasi palang gol pelawat.
Dua minit kemudian, Melaka FC sekali lagi mencipta peluang menerusi Ahmed Ayman Shamsaldin Abdalazem yang menerima hantaran Donghyun pada minit ke-50, namun percubaannya sekadar menggegar tiang gol.
Jairo terus menambah derita Melaka FC apabila tandukannya menewaskan penjaga gol tuan rumah, Samuel Jacob Somerville pada minit ke-54.
Melaka FC akhirnya memperoleh gol sagu hati pada minit-minit akhir perlawanan menerusi Ahmed Ayman Shamsaldin hasil hantaran Che Rashid Che Halim.
JDT seterusnya akan berdepan Kuala Lumpur City FC dalam aksi separuh akhir yang dijadual berlangsung secara timbal balik pada bulan depan dan April.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JDT
#Melaka FC
#Piala Malaysia
#Kuala Lumpur City FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan