awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bayi Qaseh Aulia maut, bekas pengasuh dipenjara lima tahun
Polis tahan wanita pandu lawan arus di Seremban
Kerajaan tidak pertimbang beri permit khas kepada ‘ulat foto’ atas dasar keselamatan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jemaah meninggal dunia di masjid selepas solat Isyak

Bernama
Bernama
20/02/2026
02:09 MYT
Jemaah meninggal dunia di masjid selepas solat Isyak
Seorang jemaah dilaporkan meninggal dunia selepas selesai menunaikan solat Isyak di Masjid Jamek Kampung Likas, Kota Kinabalu. - Sinar Harian
Seorang jemaah dilaporkan meninggal dunia selepas selesai menunaikan solat Isyak di Masjid Jamek Kampung Likas di sini pada malam Khamis.
Menerusi perkongsian di laman Facebook masjid berkenaan, lelaki tersebut merupakan antara jemaah yang hadir setiap hari ke masjid bagi menunaikan solat fardu.
"Pihak Masjid Jamek kampung Likas mengucapkan salam takziah kepada pihak keluarga atas pemergian ayahanda mereka.
"Arwah merupakan salah seorang jemaah yang rutin hariannya hadir ke masjid untuk menunaikan solat fardu," tulis hantaran tersebut.
Hantaran itu turut menyifatkan pemergian arwah sebagai satu husnul khatimah yang dicemburui ramai, apatah lagi berlaku selepas menunaikan solat fardu Isyak pada malam Jumaat dalam bulan Ramadan yang mulia.
"Pemergian Allahyarham ini adalah merupakan keuntungan yang dicemburui selepas menunaikan solat fardhu Isyak pada malam Jumaat dan bulan yang mulia bulan Ramadan.
"Semoga Allah menerima segala amal kebaikannya. Al-Fatihah," katanya.
Hantaran sama turut dikongsikan dengan petikan doa buat arwah yang sering dibacakan dalam solat jenazah, memohon keampunan serta rahmat Allah SWT ke atas rohnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#solat Isyak
#meninggal dunia
#Masjid Jamek Kampung Likas
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan