awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Habibah tiba di Islamabad - Wisma Putra

Bernama
Bernama
09/05/2015
15:48 MYT
Jenazah Habibah tiba di Islamabad - Wisma Putra
Jenazah Allahyarham Datin Habibah Mahmud (tiga dari kiri) tiba di Islamabad pada pagi Sabtu.
Jenazah Allahyarham Datin Habibah Mahmud, isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, yang terkorban dalam nahas helikopter di utara Pakistan, tiba di Islamabad pada pagi Sabtu.
Kementerian Luar (Wisma Putra) berkata jenazah sekarang berada di Hospital Tentera Rawalpindi dan kementerian akan bekerjasama dengan Kementerian Luar Pakistan untuk mempercepatkan urusan membawa pulang jenazah ke Malaysia.
"Kementerian telah mengarahkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan usaha membawa pulang jenazah Allahyarham berjalan lancar.
"Kementerian ingin mengucapkan takziah yang tulus ikhlas kepada keluarga mangsa dan akan terus bekerjasama untuk memastikan urusan membawa pulang jenazah Allahyarham berjalan lancar," menurut kenyataan kementerian itu hari ini.
Habibah ialah seorang daripada tujuh individu yang dilaporkan terbunuh dalam nahas helikopter itu di Lembah Naltar di kawasan Gilgit-Baltistan.
Helikopter itu membawa sekumpulan duta asing dan isteri masing-masing untuk menghadiri acara rasmi anjuran kerajaan Pakistan apabila pesawat malang itu terhempas.
Sementara itu, kenyataan itu berkata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datuk Dr. Hasrul Sani Mujtabar, yang terselamat dalam insiden itu dan hanya cedera ringan, juga telah tiba di Islamabad dan kini menjalani rawatan lanjutan di hospital yang sama.
Topic Berkaitan
#Habibah Mahmud
#Hasrul Sani Mujtabar Pesuruhjaya Tinggi Malaysia
#Hospital Tentera Rawalpindi
#Pakistan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan