awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah Hassan Din selamat dikebumikan

Bernama
Bernama
01/05/2019
12:00 MYT
Jenazah Hassan Din selamat dikebumikan
Anggota keluarga dan kenalan mengaminkan bacaan doa selepas jenazah Abu Hassan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudatul Sakinah hari ini. --fotoBERNAMA
Jenazah pendakwah terkenal Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Selasih, Gombak di sini, petang ini.
Kira-kira 1,000 orang hadir di tanah perkuburan itu, sebelum jenazahnya dikebumikan pada 6.10 petang.
Jenazah sebelum itu disembahyangkan di Masjid Saidina Hamzah diimamkan oleh anak lelakinya Mohamad Yusri. Talkin dibacakan menantu Allahyarham, Hamdan Abdul Aziz.
Allahyarham Abu Hassan, 73, disahkan meninggal dunia kira-kira 7.30 pagi tadi selepas rebah dan tidak sedarkan diri setelah menunaikan solat subuh di rumahnya di Kampung Batu Muda, Sentul.
Allahyarham yang juga bekas Penasihat Agama Istana Negara, dilahirkan di Perlis dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Derma, Arau, sebelum ke Sekolah Agama Arab Alawiyah dan melanjutkan pelajaran di Mesir.
Allahyarham bertugas di Pusat Islam pada 1976, sebelum berkhidmat di Masjid Negara pada tahun berikutnya sehingga memangku jawatan Imam Besar.
BACA: Mahu ikut jejak Tok Wan jadi pendakwah - Cucu Abu Hassan Din
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menzahirkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Abu Hassan.
"Salam takziah buat keluarga dan sahabat handai Ustaz Abu Hassan Din Al-Hafiz. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan para syuhada dan solehin," katanya di laman Twitter.
Menteri Pertahanan Mohamad Sabu pula berkata: "Hiba mendengar berita pemergian permata ummah, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz.
"Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz. Al-Fatihah," katanya.
BACA: Umat Islam berduka pemergian Allahyarham Hassan Din
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik pula berkata Malaysia hari ini kehilangan seorang ilmuwan Islam yang disegani.
"Kementerian Pendidikan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan roh beliau dicucuri rahmat," katanya.
Bagi bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, pemergian Abu Hassan merupakan satu kehilangan besar buat negara, kerana beliau adalah tokoh agama yang disegani.
Beliau berkata masyarakat pasti merindukan curahan idea serta ilmu yang dilontarkan Allahyarham, di setiap ceramah agamanya.
"Allahyarham merupakan tokoh agama negara yang wajar diingati, kerana beliau sentiasa memberi nasihat terutama ketika menjadi penasihat agama di Istana Negara," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman Allahyarham di Batu Muda di sini, hari ini.
Jamil Khir berkata hubungan beliau dengan Allahyarham sangat rapat kerana bersama-sama mengendalikan kuliah di Masjid Saidina Hamzah pada bulan Ramadan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abu Hassan Din Al-Hafiz
#Gombak
#Islam
#jenazah
#kebumi
#meninggal dunia
#Raudhatul Sakinah
#tanah perkuburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan