awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah isteri Ketua Polis Negara disemadi bersebelahan kubur anak lelaki

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
16/12/2017
02:27 MYT
Jenazah isteri Ketua Polis Negara disemadi bersebelahan kubur anak lelaki
Allahyarham Azizah yang menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7.02 malam semalam akibat barah disemadikan bersebelahan kubur anak lelaki tunggalnya. - Foto Astro AWANI / Nazaliata Maharan
Jenazah isteri kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, Allahyarham Puan Sri Azizah Hamdi selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam sekitar 10.20 pagi di Kampung Rapat Jaya, dekat sini pada pagi tadi.
Allahyarham, 58, yang menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 7.02 malam semalam akibat barah disemadikan bersebelahan kubur anak lelaki tunggalnya yang meninggal dunia pada tahun 2007.
Difahamkan, jenazah tiba di rumah ibu Allahyarham sekitar pukul 1 pagi di Kampug Rapat Jaya selepas disembahyangkan di Masjid Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor pada pukul 9 malam semalam.
BACA: Jenazah isteri KPN disembahyang di surau IPK Selangor
BACA: Isteri KPN meninggal dunia
Azizah, yang mengambil alih jawatan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia pada 4 Sept lalu meninggal dunia di PPUM pada 7.02 petang semalam.
Allahyarham yang dikenali sebagai seorang berjiwa kental pergi selepas 15 tahun bertarung dengan penyakit kanser dan meninggalkan tiga anak.
Allahyarham yang dikenali sebagai seorang berjiwa kental pergi selepas 15 tahun bertarung dengan penyakit kanser dan meninggalkan tiga anak.
Allahyarham yang dikenali sebagai seorang berjiwa kental pergi selepas 15 tahun bertarung dengan penyakit kanser dan meninggalkan tiga anak.
Dalam pada itu,seawal pukul 7.30 itu, kira-kira 300 individu telah berkumpul di sekitar Masjid Kg Melayu Gunung Rapat dekat sini di mana jenazah disembahyangkan.
Sejurus selepas itu, sekitar 1,000 individu termasuk kakitangan PDRM dari pelbagai jabatan,pemimpin, malah orang awam hadir memberi penghormatan terakhir kepada Mohd Fuzi sekeluarga dan menyertai talkin di tanah perkuburan tersebut.
Antara yang hadir adalah, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad, Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman (StaRT), Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman,Datuk Seri Abd. Rahim Hanafi,Pengarah Cawangan Khas PDRM,Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan serta ketua-ketua polis negeri lain.
Topic Berkaitan
#Azizah Hamdi
#jenazah
#Ketua Polis Negara
#Malaysia
#meninggal dunia
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan