awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jenazah pendaki Malaysia dijangka dibawa pulang esok

Bernama
Bernama
05/06/2013
12:59 MYT
Jenazah pendaki Malaysia dijangka dibawa pulang esok
Jenazah penolong jurutera Perbadanan Putrajaya (PPj) Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari yang meninggal dunia ketika menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kala Pathar dan Everest Base Camp di Kathmandu, Nepal dijangka diterbangkan ke Malaysia esok.
Timbalan Pengarah Kanan Perhubungan Awam PPj Zaharah Salamat berkata jenazah Allahyarham berjaya dibawa ke Lukla pukul 3 petang semalam (5.15 petang waktu Malaysia) namun tidak dapat diterbangkan ke Kathmandu berikutan cuaca yang berkabus serta batasan pergerakan trafik udara berikutan kedudukan di lereng gunung.
"Penghantaran pulang jenazah Allahyarham dijangka dapat dilaksanakan esok sekiranya jenazah selamat sampai di Kathamandu hari ini.
"Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu akan menggunakan penerbangan alternatif sekiranya usaha untuk menghantar jenazah menggunakan MAS yang dijadualkan pada 12.20 tengah hari esoknya tidak berjaya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Zaharah berkata kesemua 13 peserta ekspedisi lain kini dilapor berada di laluan turun di kawasan Dingboche (berhampiran Periche).
Mohamad Shahrulnizam, 25, meninggal dunia pukul 7.15 malam waktu Malaysia pada Isnin ketika di Labuche dalam perjalanan ke Everest Base Camp selepas diserang penyakit akut gunung (AMS).
Ekpedisi yang bermula pada 27 Mei itu disertai 14 pendaki (11 lelaki dan tiga wanita) mewakili Kelab Rekreasi Sukan dan Kebajikan PPj.
Kumpulan ekspedisi berkenaan dijangka pulang pada 10 Jun ini.
Topic Berkaitan
#meninggal dunia
#Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari
#Nepal
#pendaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan