awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
Petinju Kenya maut selepas perlawanan tidak dihentikan awal
Gelombang haba: Kota Setar tahap dua, 14 daerah lain tahap berjaga-jaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jepun, Indonesia jalin kerjasama pembiakan orang utan

Astro AWANI
Astro AWANI
04/04/2026
03:40 MYT
Jepun, Indonesia jalin kerjasama pembiakan orang utan
Sebuah zoo di Jepun menyasarkan untuk membiak orang utan terancam menerusi satu perjanjian pemuliharaan hidupan liar dengan Indonesia. - Gambar fail/ADOBE
Sebuah zoo di barat Jepun menyasarkan untuk membiak orang utan terancam dengan menemukan seekor orang utan jantan di zoo itu dengan seekor orang utan betina dari zoo di Indonesia menerusi satu perjanjian pemuliharaan hidupan liar, lapor Kyodo News.
Hayato, orang utan Borneo jantan berusia 15 tahun di Taman Zoologi Tobe, Wilayah Ehime kini mencapai usia pembiakan, namun zoo itu sukar mencarikannya pasangan memandangkan spesies berkenaan terhad di Jepun dan disenaraikan sebagai amat terancam dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN).
Perkembangan penting berlaku pada 2018 apabila Taman Safari Indonesia mencadangkan pelancaran projek pemuliharaan bersama orang utan dengan zoo yang diuruskan kerajaan wilayah itu, yang sebelum ini berjaya membiak orang utan Sumatera.
Wilayah Ehime dan Indonesia menandatangani perjanjian pemuliharaan hidupan liar pada 2024, diikuti perjanjian pinjaman pembiakan antara kedua-dua zoo itu pada April 2025.
Zoo Tobe menerima kedatangan seekor orang utan Borneo betina bernama Jennifer pada Disember 2025, menjadikan jumlah orang utan di zoo itu kini tiga ekor, termasuk seekor orang utan Sumatera.
Orang utan betina berusia 15 tahun itu mula dipamerkan kepada umum sejak Mac dan sudah pun menarik ramai pengunjung.
Orang utan Borneo mencapai usia pembiakan antara 12 hingga 15 tahun.
“Jennifer bijak, lembut dan suka makan, terutama buah oren dari Wilayah Ehime,” kata penjaganya, Eriko Inoue.
“Kami berharap usaha menemukan pasangan ini berjaya,” katanya.
-- BERNAMA-KYODO
Topic Berkaitan
#Jepun
#zoo
#pembiakan
#Orang Utan
#zoo indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan