awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
Taufan Gezani landa Madagascar, kemusnahan besar dilaporkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu 26/6: Tiada bacaan 'sangat tidak sihat' atau 'bahaya' dikesan

Haider Yutim
Haider Yutim
26/06/2013
02:36 MYT
Jerebu 26/6: Tiada bacaan 'sangat tidak sihat' atau 'bahaya' dikesan
Keadaan jerebu di sesetengah kawasan di Semenanjung Malaysia dilihat semakin pulih berikutan hujan yang turun semalam.
Ini merupakan kali pertama sejak 22 Jun (Sabtu) di mana tiada bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di atas 200.
Berdasarkan maklumat 7 pagi tadi, lima kawasan di Selangor mencatat IPU di antara 111 hingga 140. IPU di Pelabuhan Klang yang berada di tahap bahaya semalam, telah turun kepada 140.
Batu Muda dan Cheras (Wilayah Persekutuan) masing-masing mencatatkan IPU sebanyak 100 dan 98, manakala Putrajaya mencatatkan IPU 112.
Di Perak pula, kebanyakan kawasan mencatatkan IPU sebanyak 110 hingga 137. Kawasan yang paling sedikit terjejas di Perak ialah Taiping dengan IPU 178.
Lain-lain kawasan yang terjejas termasuk Negeri Sembilan dan Bukit Rambai (Melaka) dengan IPU tidak lebih 148.
IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).
Johor yang terjejas teruk oleh jerebu minggu lepas telah mula menikmati udara pada tahap sederhana sejak beberapa hari lalu.
Sementara itu, sebuah kumpulan minyak sawit antarabangsa mahu tiga syarikat ahlinya di Malaysia dan dua di Indonesia yang dilaporkan terlibat dalam kebakaran hutan di Indonesia mengemukakan peta digital ladang mereka dalam tempoh 48 jam akan datang.
Peta-peta digital akan digunakan untuk mengesahkan lokasi kebakaran dan mengetahui sama ada puncanya adalah disebabkan oleh kecuaian.
Topic Berkaitan
#indeks udara
#IPU
#jerebu
#penurunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan