awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bapa penyerang Balai Polis Ulu Tiram dakwa darah polis, askar halal dibunuh - Saksi
10 kawasan di Semenanjung catat cuaca panas tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Saman fitnah RM5 juta Dzulkefly terhadap Najib selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat

Bernama
Bernama
22/07/2025
03:30 MYT
Jerebu: Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Empat kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 10 pagi ini.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan terbabit adalah Seremban, Negeri Sembilan dengan bacaan IPU 155, Nilai (154), Johan Setia di Selangor (151) dan Balok Baru Kuantan, Pahang (140).
Menurut klasifikasi JAS bacaan IPU antara 101 hingga 200 yang boleh memberikan kesan kepada golongan berisiko tinggi termasuk warga emas, kanak-kanak serta individu yang menghidap penyakit pernafasan.
Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara dan orang ramai boleh merujuk laman sesawang https://eqms.doe.gov.my/APIMS/main atau memuat turun aplikasi MyJAS EQMS di Google Play atau App Store.
Kementerian Kesihatan juga mengeluarkan nasihat kesihatan dan langkah pencegahan semasa jerebu yang boleh didapati menerusi laman sesawang www.moh.gov.my.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jerebu
#IPU
#JAS
#tidak sihat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan