awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Perubahan tiupan angin dijangka redakan keadaan - Pakar

Hamzah Hamid
Hamzah Hamid
13/09/2015
10:36 MYT
Jerebu: Perubahan tiupan angin dijangka redakan keadaan - Pakar
MOHD HISHAM: Berbanding beberapa hari lepas, keadaan angin agak perlahan dan sebab itulah jerebu tidak dapat beralih banyak dan kekal di tempat yang sama. -Gambar fail
Keadaan jerebu yang melanda negara diramalkan akan bertambah baik bermula Isnin kerana berlaku sedikit perubahan corak tiupan angin.
Perkara itu dinyatakan oleh Pegawai Meteorologi Kanan, Pusat Cuaca Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
“Kami jangkakan keadaan akan beransur pulih menjelang esok, berikutan berlaku sedikit perubahan dari segi corak tiupan angin.
Kalau sebelum ini angin datang dari arah selatan, esok kami jangkakan angin bertiup dari sebelah barat ke semenanjung dengan halaju yang agak kuat,” ujar beliau.
Kata Mohd Hisham, berbanding beberapa hari lepas, keadaan angin agak perlahan dan sebab itulah jerebu tidak dapat beralih banyak dan kekal di tempat yang sama.
Bermula esok, angin dijangka bertiup dari utara dan tengah Sumatera iaitu di kawasan yang tidak mengalami kebakaran hutan. Keadaan itu berlaku kerana musim Monsun Barat Daya dijangka bakal menuju ke penghujungnya.
Ditanya mengenai sama ada ikhtiar pembenihan awan boleh dilakukan pada masa terdekat untuk memulihkan keadaan, Mohd Hisham mengatakan usaha itu tidak bersesuaian berdasarkan situasi semasa.
“Setakat ini kalau kita hendak buat pembenihan awan, saya rasa tidak memadai untuk menghalang jerebu yang terlalu banyak.
“Masalah jerebu ini adalah masalah rentas sempadan. Kalau kita berjaya menghasilkan hujan pun ia hanya bersifat sementara dan jerebu itu akan terus datang dari puncanya,” jelas Mohd Hisham.
Sejak beberapa hari lalu keadaan jerebu di negara ini bertambah buruk disebabkan keadaan angin yang bertiup dari punca jerebu itu sendiri - dari selatan Sumatera ke Semenanjung Malaysia dan dari selatan Kalimantan ke Sarawak.
Topic Berkaitan
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#jerebu
#Kalimantan
#Malaysia
#Mohd Hisham Mohd Anip
#Monsun Barat Daya
#Sarawak
#Semenanjung
#Sumatera Selatan
#tiupan angin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan