awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerebu: Semua sekolah di Putrajaya ditutup esok

Bernama
Bernama
16/09/2019
11:47 MYT
Jerebu: Semua sekolah di Putrajaya ditutup esok
Ini adalah kali pertama sekolah-sekolah di Putrajaya ditutup berikutan jerebu yang melanda negara sejak 5 Sept lepas. - Gambar fail/BERNAMA
Semua sekolah di Putrajaya akan ditutup esok susulan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) yang memasuki tahap sangat tidak sihat hari ini.
Pengarah Jabatan Pendidikan Putrajaya, Farizah Ahmad berkata berdasarkan bacaan IPU yang telah melebihi 200 mulai jam 5 petang hari ini, adalah dimaklumkan bahawa semua sekolah Putrajaya akan ditutup pada hari esok.
Putrajaya hari ini mencatatkan IPU 201 pada pukul 5 petang, 204 pada pukul pukul 6 petang dan 205 (tertinggi setakat hari ini) pada pukul 7 petang.
Ini adalah kali pertama sekolah-sekolah di Putrajaya ditutup berikutan jerebu yang melanda negara sejak 5 Sept lepas.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Farizah Ahmad
#IPU
#IPU tidak sihat
#jerebu
#pendidikan
#Pengarah Jabatan Pendidikan Putrajaya
#Putrajaya
#sekolah
#sekolah ditutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan