awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jerman, Malaysia perlu lebih usaha tingkat penyertaan wanita dalam sektor awam - Duta

Bernama
Bernama
15/11/2024
00:30 MYT
Jerman, Malaysia perlu lebih usaha tingkat penyertaan wanita dalam sektor awam - Duta
Blomeyer berkata, penyertaan wanita dalam politik adalah isu yang mendesak dan perlu ditangani. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Malaysia dan Jerman masih berhadapan cabaran dalam mencapai kesaksamaan jantina di peringkat kepimpinan, terutamanya dalam sektor awam.
Duta Besar Jerman ke Malaysia, Dr Peter Blomeyer berkata, faktor seperti prasangka, peranan jantina, tradisi jantina dan pemikiran kompetitif terus menghalang penyertaan penuh wanita dalam sektor awam.
"Kita masih mempunyai perjalanan yang panjang untuk mengubah minda, baik di Jerman dan Malaysia, untuk menjadikannya tidak relevan sama ada lelaki atau wanita menjawat jawatan," katanya.
Blomeyer berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya pada persidangan bertajuk "Penyertaan Politik di Malaysia: Ke Arah Akses Setara Bagi Wanita ke Mandat Politik di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri" yang dianjurkan oleh Kedutaan Jerman, di sini, pada Khamis.
"Persidangan ini membincangkan bagaimana kita boleh mengubah keadaan ini, bagaimana lelaki boleh diberi dorongan untuk mengalu-alukan wanita dalam sektor awam di Malaysia dan bagaimana wanita boleh diberi motivasi untuk menyertai sektor awam," tambahnya.
Bercakap kepada Bernama, Blomeyer berkata, penyertaan wanita dalam politik adalah isu yang mendesak dan perlu ditangani, sambil berharap persidangan itu akan menghasilkan idea dan cadangan yang konstruktif untuk memperbaiki situasi berkenaan.
Pemimpin wanita termasuk Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, wakil parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan, ahli akademik, serta pengamal media adalah antara 70 peserta yang hadir pada persidangan itu.
Timbalan Ketua Misi Kedutaan, Ulrike Wolf berkata, kedutaan sentiasa menyokong program pemerkasaan wanita di Malaysia dan ini merupakan kali pertama persidangan seperti itu dianjurkan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kesaksamaan jantina
#sektor awam
#Duta Jerman
#penyertaan wanita dalam sektor awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan