awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JIM sedia kerjasama dengan AKPS tangani salah laku pegawai - Zakaria

Bernama
Bernama
06/08/2025
20:00 MYT
JIM sedia kerjasama dengan AKPS tangani salah laku pegawai - Zakaria
Zakaria berkata, perbincangan bersama AKPS akan dilakukan sekiranya terdapat keperluan untuk menukar pegawai yang dikenal pasti bermasalah. - Gambar fail/Astro AWANI
BUKIT MERTAJAM: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Agensi Kawalan Pintu Sempadan (AKPS) dalam menangani isu salah laku membabitkan pegawai imigresen di pintu masuk utama negara.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, perbincangan bersama AKPS akan dilakukan sekiranya terdapat keperluan untuk menukar pegawai yang dikenal pasti bermasalah.
Katanya sejak penyerahan pengurusan 22 pintu masuk utama negara kepada AKPS -- termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Bangunan Sultan Iskandar dan Kompleks Sultan Abu Bakar di Johor, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA), serta lapangan terbang di Kuching dan Kota Kinabalu -- peranan JIM kini lebih tertumpu kepada aspek pemantauan dan risikan.
"Pegawai imigresen masih ditempatkan di lapangan terbang terbabit untuk membantu urusan operasi harian, namun urusan kaunter dan pengurusan sepenuhnya adalah di bawah tanggungjawab AKPS.
"Jika ada keperluan untuk rombakan membabitkan pegawai bermasalah yang dikenal pasti melakukan salah laku, kita akan berbincang dan bekerjasama sepenuhnya dengan AKPS," katanya pada sidang media selepas mengetuai operasi di sebuah kilang di Simpang Ampat, di sini, pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas sama ada JIM akan melakukan rombakan pegawai bertugas di lapangan terbang berikutan penahanan beberapa pegawainya baru-baru ini selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti 'counter setting'.
Zakaria berkata, kejayaan operasi baru-baru ini adalah hasil kerjasama JIM dan AKPS, sekali gus menolak dakwaan bahawa tindakan terhadap pegawai bermasalah hanya diambil secara bermusim.
"Pemantauan terhadap pegawai yang melakukan kesalahan ini memang dilaksanakan secara berterusan. Berdasarkan statistik dari 2022 hingga kini, sebanyak 147 kes tatatertib direkodkan melibatkan pegawai imigresen, dan 55 daripadanya telah dibuang kerja," katanya.
Mengulas langkah pembaharuan di pintu masuk negara, Zakaria berkata, JIM kini giat melaksanakan transformasi digital termasuk peluasan penggunaan sistem autogate bagi mengurangkan interaksi langsung antara pegawai dengan pengembara, sekali gus mengurangkan risiko penyalahgunaan kuasa.
Terdahulu, Zakaria memaklumkan, dalam operasi itu, seramai 749 warga asing telah diperiksa dan 307 individu ditahan kerana pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, 306 adalah warga Bangladesh manakala seorang lagi warga Nepal berusia antara 20 hingga 40 tahun, dengan kebanyakan daripada mereka melanggar syarat pas.
Katanya, kesemua yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Juru untuk siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Imigresen Malaysia
#kerjasama
#AKPS
#salah laku pegawai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan