awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Trump umum operasi sekatan Selat Hormuz
GSF 2.0 mulakan pelayaran menuju Gaza
Tersalah tekan pedal minyak kereta punca pelajar tingkatan satu maut dilanggar - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKM nafi penglibatan pegawai dalam video tular

Dr Rais Hussin
Dr Rais Hussin
11/04/2026
08:04 MYT
JKM nafi penglibatan pegawai dalam video tular
JKM berkata, setiap pegawai yang menjalankan siasatan tertakluk kepada tatacara kerja semasa, termasuk memperkenalkan diri, menunjukkan kad kuasa atau pengenalan rasmi serta melaksanakan tugas secara profesional dan beretika.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan penglibatan mana-mana pegawainya dalam satu video tular di media sosial yang mendakwa keberadaan pegawai jabatan itu dalam kejadian berkenaan.
JKM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa individu yang dirujuk dalam video terbabit bukanlah pegawai jabatan itu, dan JKM tidak terlibat dalam sebarang tindakan seperti yang digambarkan.
Menurut kenyataan itu, setiap pegawai JKM yang menjalankan siasatan tertakluk kepada tatacara kerja semasa, termasuk memperkenalkan diri, menunjukkan kad kuasa atau pengenalan rasmi serta melaksanakan tugas secara profesional dan beretika.
"JKM memandang serius penyebaran maklumat yang tidak tepat yang boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat serta menjejaskan reputasi jabatan," menurut kenyataan itu.
Sehubungan dengan itu, JKM meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih dan digalakkan membuat semakan melalui saluran rasmi sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan kebajikan.
Sebarang aduan atau rujukan boleh disalurkan melalui Talian Kasih 15999 atau WhatsApp 019-261 5999 yang beroperasi 24 jam, selain menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berhampiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jkm
#video
#Tular
#pegawai JKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan