awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tambung subsidi - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JMU 2026 diiktiraf MBOR sebagai Karnival Pendidikan Tinggi Maya Terbesar

Reuters
Reuters
16/03/2026
13:38 MYT
JMU 2026 diiktiraf MBOR sebagai Karnival Pendidikan Tinggi Maya Terbesar
Shahrin Sahib (tengah) bersama Mohd Najib (dua,kanan) dan wakil-wakil dari organisasi lain bergambar bersama replika Malaysia Book of Records sempena Karnival Jom Masuk Universiti (JMU) 2026 di UiTM Shah Alam, Selangor, pada Isnin. - Gambar Bernama
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meraih pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori “Karnival Pendidikan Tinggi Maya Terbesar” menerusi penganjuran Karnival Jom Masuk Universiti (JMU) 2026 Zon Tengah I secara maya.
Pengiktirafan itu sekali gus menandakan pencapaian baharu dalam usaha memperluaskan akses maklumat pendidikan tinggi kepada masyarakat.
Pada tahun ini, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah dilantik sebagai tuan rumah bagi penganjuran karnival tersebut di Zon Tengah I bermula hari ini hingga esok yang turut melibatkan penyertaan semua universiti awam (UA) serta pelbagai agensi pendidikan tinggi.
Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin berkata, penganjuran karnival secara maya itu merupakan pendekatan inovatif selaras dengan keperluan transformasi digital dalam penyampaian maklumat pendidikan tinggi kepada masyarakat.
“Karnival ini membuka ruang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat berkaitan laluan pendidikan tinggi, program pengajian serta peluang yang ditawarkan oleh UA, institusi pendidikan tinggi awam (IPTA), MARA (Majlis Amanah Rakyat) Bahagian Pendidikan Tinggi dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS),” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Berbuka Puasa Bersama UiTM Sempena Karnival Jom Masuk Universiti Zon Tengah 1 (Virtual) di Kompleks Antarabangsa UiTM Shah Alam, di sini, pada Isnin, yang turut dihadiri Pengarah Bahagian Kemasukan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Jabatan Pendidikan Tinggi, Mohd Najib Mohd Sarif.
Shahrin berkata, bagi menyokong pelaksanaan karnival secara maya itu, UiTM turut membangunkan sebuah platform digital khas iaitu jommasuku.uitm.edu.my, bagi memastikan pengalaman interaktif kepada pengunjung.
Beliau berkata, karnival kali ini melibatkan 62 agensi dan institusi pendidikan tinggi dengan 367 reruai maya, menunjukkan komitmen, sokongan padu dan keyakinan pelbagai pihak terhadap kejayaan program serta memberikan maklumat peluang pengajian kepada pelajar.
“Kami berharap platform ini dapat membantu pelajar membuat keputusan yang lebih jelas mengenai laluan pendidikan tinggi mereka, sekali gus melahirkan generasi graduan yang berilmu, berkemahiran serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JMU 2026
#mbor
#Zon Tengah I
#institusi pendidikan tinggi
#367 reruai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan