awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dataran Niaga Kampung Manjoi cerminan kerjasama jitu kerajaan dan rakyat
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung

Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
11/02/2026
11:34 MYT
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Onn Hafiz Ghazi berkata, mesyuarat berkenaan menjadi platform penting bagi penyelarasan dasar serta hala tuju strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Johor menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh tadbir urus dan mempercepat agenda pembangunan negeri susulan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-148 yang berlangsung di Parlimen Malaysia, pada Selasa.
Komitmen itu ditegaskan susulan penyertaan dalam mesyuarat berkenaan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar bin Ibrahim di Parlimen.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, mesyuarat berkenaan menjadi platform penting bagi penyelarasan dasar serta hala tuju strategik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Ia bertujuan memastikan pentadbiran negara terus diperkukuh dan pembangunan dapat dilaksanakan secara menyeluruh serta berkesan di setiap negeri.
"Johor terus komited untuk memastikan setiap keputusan dan dasar yang dipersetujui dilaksanakan secara berfokus, selaras dengan agenda pembangunan negeri demi manfaat rakyat Johor secara menyeluruh," katanya menerusi perkongsian di laman Facebook pada Selasa.
Onn Hafiz berkata, kerajaan Negeri Johor menegaskan kesediaan untuk melaksanakan setiap keputusan dan dasar yang dipersetujui secara tersusun dan berimpak tinggi.
"Langkah ini selaras dengan agenda pembangunan negeri yang menekankan kemajuan mampan dan kesejahteraan rakyat.
"Johor yakin kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan mempercepatkan pelaksanaan inisiatif pembangunan serta meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Semoga segala keputusan yang dicapai dalam mesyuarat ini dapat diterjemahkan kepada hasil yang nyata demi kemajuan Johor dan negara secara keseluruhannya.
Topic Berkaitan
#Johor
#tadbir urus
#mesyuarat menteri besar
#onn hafiz ghazi
#Anwar Ibrahim
#kerajaan negeri Johor
#hala tuju strategik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.