awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Johor umum bonus sebulan gaji, minimum RM1,000 kepada penjawat awam

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
01/12/2022
05:29 MYT
Johor umum bonus sebulan gaji, minimum RM1,000 kepada penjawat awam
Kerajaan negeri Johor memberikan bantuan kewangan khas sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada kakitangannya yang akan dibayar sebelum akhir tahun ini, kata Datuk Onn Hafiz Ghazi. - Gambar ihsan Pejabat Menteri Besar
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri Johor memberikan bantuan kewangan khas sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada kakitangannya yang akan dibayar sebelum akhir tahun ini.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi semasa membentangkan Belanjawan Johor 2023 ketika Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-15 yang bertempat di Bangunan Sultan Ismail, di sini, pada Khamis.
Katanya, inisiatif itu sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri kepada penjawat awam yang membantu menjayakan dasar-dasar kerajaan.
Beliau berkata, pembayaran sumbangan berkenaan akan dibuat dua kali iaitu pada akhir tahun ini dan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri 2023.
"Kerajaan negeri amat menghargai sumbangan penjawat awam dalam menjayakan dasar-dasar kerajaan. Mereka bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan rakyat dapat manfaat yang maksimum daripada dasar-dasar kerajaan.
"Bantuan khas kewangan ini juga akan dipanjangkan kepada semua guru KAFA, petugas pusat pemulihan dalam komuniti dan guru-guru tadika Islam,
"Mudah-mudahan sumbangan kewangan ini dapat beri motivasi dalam kalangan penjawat awam untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang," kata Menteri Besar itu lagi.
Kira-kira 13,400 kakitangan awam negeri itu bakal menerima manfaat itu.
Kerajaan Johor hari ini membentangkan belanjawan lebihan RM2.44 juta, selepas dua tahun berturut-turut merekodkan belanjawan defisit pada 2021 dan 2022.
Diunjurkan Johor mengutip hasil dianggarkan sebanyak RM1.734 bilion, manakala perbelanjaan pula dianggarkan berjumlah RM1.731 bilion.
Menurut Onn Hafiz, belanjawan yang bertemakan Maju Johor, makmur bersama rakyat itu bakal berpandukan kepada enam teras utama membabitkan tadbir urus kerajaan, pembangunan ekonomi Johor dan jaringan keselamatan sosial
Tidak ketinggalan, kemudahan dan keperluan asas serta keselamatan, kebersihan dan kelestarian alam sekitar selain orang muda Johor.
Topic Berkaitan
#Johor
#Penjawat awam Johor
#Johor umum bonus
#sebulan gaji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan