awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Misi bantuan Gaza: Pemilihan MB Selangor bantu permudah rundingan dengan Mesir - Anwar
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
Tiga lagi anggota pengaman UNIFIL cedera letupan di Lubnan, Indonesia gesa mesyuarat segera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ akan buka kaunter di Masjid Putra Heights - Loke

Bernama
Bernama
02/04/2025
14:30 MYT
JPJ akan buka kaunter di Masjid Putra Heights - Loke
Loke berkata ini bagi memudahkan pemilik kenderaan yang terjejas akibat kebakaran saluran gas di Putra Height semalam mencetak semula dokumen yang rosak atau hilang. - Gambar fail/Bernama
SEPANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan membuka kaunter bergerak di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Height bermula esok hingga Jumaat.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata ini bagi memudahkan pemilik kenderaan yang terjejas akibat kebakaran saluran gas di Putra Height semalam mencetak semula dokumen yang rosak atau hilang.
"Jadi dua hari berturut-turut, kami akan letakkan kaunter bergerak kami di masjid itu untuk memudahkan pemilik mencetak semula dokumen mereka terutamanya sijil kenderaan, lesen memandu dan cukai jalan, jika mereka perlu," katanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.
Setakat tengah hari tadi, sebanyak 399 kenderaan dilaporkan rosak dalam insiden itu.
Loke berkata kerajaan juga sedang berbincang dengan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) untuk meletakkan wakil mereka di PPS berkenaan bagi memberikan khidmat nasihat kepada mangsa mengenai tindakan lanjut berhubung tuntutan insurans.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPS
#PIAM
#JPJ
#cukai jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan