awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM ucap selamat menyambut Hari Easter kepada penganut Kristian
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ nafi kenderaan jabatan punca kemalangan

Bernama
Bernama
21/03/2026
06:23 MYT
JPJ nafi kenderaan jabatan punca kemalangan
Dalam kejadian semalam, Mursyid Azmi, 25, disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan. - Gambar fail
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menafikan dakwaan kenderaan jabatan sebagai punca kemalangan di KM 85.5 Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli (Kampung Rahmat, Bukit Bunga), Tanah Merah, seperti yang tular di media sosial.
Pengarahnya Mohd Misuari Abdullah berkata pihaknya memandang serius penyebaran maklumat tidak tepat berhubung insiden berkenaan.
"Dakwaan menyatakan kemalangan tersebut berpunca daripada JPJ mengejar lori seperti yang ditularkan dalam video berdurasi 34 saat adalah tidak benar dan tidak berasas.
"Kenderaan jabatan pada ketika itu sedang melaksanakan rondaan rasmi sempena Ops Hari Raya Aidilfitri 2026," katanya dalam kenyataan hari ini.
Misuari berkata anggota terlibat juga mematuhi prosedur operasi standard serta peraturan lalu lintas yang ditetapkan sepanjang menjalankan tugas.
Beliau berkata siasatan lanjut adalah di bawah bidang kuasa polis dan meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih sehingga siasatan lengkap dijalankan.
"Kami turut menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa yang terlibat dalam kemalangan berkenaan dan mengucapkan takziah kepada keluarga arwah serta mendoakan agar arwah dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya.
Dalam kejadian semalam, anak kepada editor kanan Astro AWANI Husna Yusop iaitu Mursyid Azmi, 25, disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan kira-kira 4.30 petang itu.
Kereta Perodua Myvi yang dipandu mangsa dalam perjalanan dari Ipoh, Perak menuju Rantau Panjang, Pasir Mas datang dari arah bertentangan telah terbabas memasuki lorong kanan dan melanggar Toyota Fortuner milik JPJ di bahagian sisi sebelah kanan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#Kelantan
#nafi
#tohmahan
#kemalangan maut
#editor kanan AWANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan