awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JPJ Pulau Pinang keluar 166 saman dalam Ops Khas Bersepadu

Bernama
Bernama
25/02/2024
15:28 MYT
JPJ Pulau Pinang keluar 166 saman dalam Ops Khas Bersepadu
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 166 saman hasil pemeriksaan terhadap 455 kenderaan menerusi Ops Khas Bersepadu di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), semalam. - Foto Facebook JPJ Pulau Pinang
BUTTERWORTH: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 166 saman hasil pemeriksaan terhadap 455 kenderaan menerusi Ops Khas Bersepadu di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), di sini semalam.
JPJ Pulau Pinang dalam kenyataan hari ini memaklumkan operasi bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) negeri itu bermula pada 10 malam dan berakhir empat jam kemudian.
"Daripada 455 kenderaan diperiksa, sebanyak 106 telah diambil tindakan dengan 166 saman dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-kaedah di bawahnya.
"JAS pula mengeluarkan tiga notis arahan pemeriksaan dan dua kompaun," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan operasi berkenaan bertujuan mendisiplinkan pemilik kenderaan dan pengguna jalan raya supaya patuh terhadap peraturan serta undang-undang jalan raya.
Menurut JPJ Pulau Pinang, penguatkuasaan secara berterusan akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin, di samping meningkatkan tahap persepsi akan ditangkap (POBC) dalam kalangan pengguna jalan raya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ Pulau Pinang
#saman
#Ops Khas Bersepadu
#Jabatan Pengangkutan Jalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan