JPNT arah sekolah sedia air minuman hadapi cuaca panas

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengarahkan semua sekolah di negeri ini supaya menyediakan bekalan air minuman yang mencukupi kepada pelajar bagi menghadapi cuaca panas pada masa ini.
Beliau berkata fokus utama jabatan adalah untuk memastikan semua pelajar mendapat bekalan air yang mencukupi sepanjang tempoh pembelajaran serta aktiviti sekolah yang lain, sekali gus mengelak berlakunya kejadian seperti strok haba.
Kamsah berkata setakat ini, keadaan cuaca di Terengganu masih terkawal dengan suhu maksimum dicatatkan pada tahap 33 darjah Celsius.
Oleh itu, beliau berkata tiada keperluan untuk pihaknya melaksanakan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) seperti di beberapa lokasi di Kedah.
"Tetapi, kita telah mengedarkan garis panduan khusus kepada semua sekolah agar pelajar diberi kelonggaran tidak memakai tali leher atau mengancing butang baju hingga paras leher sekiranya cuaca semakin panas.

