awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JS-SEZ ada potensi, ramuan untuk berjaya - Lawrence Wong

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
12/06/2024
08:30 MYT
JS-SEZ ada potensi, ramuan untuk berjaya - Lawrence Wong
Lawrence teruja dengan potensi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) kerana inisiatif tersebut ada segalanya yang diperlukan untuk berjaya. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Johor dan Singapura mempunyai potensi dan ‘ramuan’ mencukupi untuk mencapai kejayaan dalam Zon Ekonomi Khas (SEZ) yang telah dimeterai antara kedua-dua pihak.
Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong berkata, beliau teruja dengan potensi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) kerana inisiatif tersebut ada segalanya yang diperlukan untuk berjaya.
Menurutnya, banyak contoh SEZ dalam dunia yang berjaya dan melihat kepada kerjasama Johor-Singapura, beliau berpendapat semua faktor kejayaan itu ada pada JS-SEZ.
“Johor dan Singapura ada segalanya untuk menjadikan mereka sebagai SEZ yang berjaya, dan projek yang kita ada, termasuk RTS (Rapid Transit System Link) akan memainkan peranan besar dan mengubah segalanya.
“Projek itu mampu untuk melengkapkan segala yang ada antara Malaysia dan Singapura kerana ada yang beranggapan kedua-dua negara ini bersaing dari segi ekonominya.
“Hakikatnya, kami melengkapkan antara satu sama lain dan pesaing kami adalah negara di luar sana. Singapura, Malaysia bersaing dengan negara luar dari wilayah ini,” katanya.
Menurutnya, sekiranya kedua-dua negara terus bergerak dengan polisi dan perancangan jelas, ditambah pula projek RTS, jelas Lawrence, JS-SEZ akan membuka pelbagai peluang ekonomi buat kedua-dua negara.
Tambah beliau, peluang itu akan membawa manfaat kepada penduduk Malaysia dan Singapura sebaik potensi kerjasama itu mula menunjukkan hasilnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya, selepas selesai pertemuan empat mata bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu.
Turut hadir Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin dan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni.
Lawrence hadir ke Malaysia sempena lawatan kerja dua hari beliau dan delegasinya ke negara ini yang juga merupakan lawatan sulungnya ke Malaysia selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Singapura.
Topic Berkaitan
#Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura
#Perdana Menteri Singapura
#Lawrence Wong
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan