awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jualan Rahmah sempena Hari Malaysia pada 15 dan 16 Sept

Bernama
Bernama
14/09/2023
10:26 MYT
Jualan Rahmah sempena Hari Malaysia pada 15 dan 16 Sept
Menurut poster dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), program jualan itu merupakan kerjasama bersama pasar raya Everrise.
KUCHING: Program Jualan Rahmah akan diadakan dua hari bermula esok (15 Sept) di Stadium Perpaduan di sini, sempena sambutan Hari Malaysia.
Menurut poster dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), program jualan itu merupakan kerjasama bersama pasar raya Everrise.
Esok, program jualan itu akan bermula dari 9 pagi hingga 6 petang manakala pada Sabtu dari 9 pagi hingga 9.30 malam.
Pelbagai barangan keperluan asas seperti ayam, telur, minyak masak, gula dan tepung akan dijual pada program itu.
Bertemakan "Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan", sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept dijadualkan bermula dengan acara prapersembahan pada 7 malam sebelum acara rasmi pada 8.30 malam.
Pengisian program itu antaranya Konsert Hari Malaysia yang dijayakan oleh artis tempatan, upacara menandatangani Buku Khas Hari Malaysia serta perarakan masuk Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang.
Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar akan menjadi tetamu kehormat utama dalam sambutan itu yang akan disertai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Selain itu, turut hadir Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri Puan Sri Juma'ani Tuanku Bujang serta Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jualan Rahmah
#Hari Malaysia
#kpdn
#Stadium Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan