awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Judi haram: PBT diminta senarai hitam pemilik premis salah guna lesen

Astro Awani
Astro Awani
02/09/2020
05:34 MYT
Judi haram: PBT diminta senarai hitam pemilik premis salah guna lesen
Ayob Khan (dua, kanan) bersama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor SAC Md Yusof Ahmad (kiri) memeriksa meter elektrik TNB ketika mengetuai Operasi Pemotongan Elektrik Premis Perjudian Haram di Jalan Sagu 2, Taman Daya, hari ini --fotoBERNAMA
Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta menyenarai hitam pemegang lesen perniagaan yang menyalah guna lesen mereka untuk menjalankan kegiatan judi haram.
Ia bagi mengelakkan premis yang berselindung di sebalik nama lain di papan tanda menjalankan kegiatan haram itu berulang kali, kata Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
Menurutnya, siasatan mendapati, ada premis berkenaan yang terus menjalankan aktiviti sama walaupun sudah beberapa kali diserbu, antaranya kedai makan, kedai serbaneka, kedai buku dan kedai alat telekomunikasi.
Mereka menjalankan pelbagai jenis kegiatan perjudian secara haram, termasuk menjalankan mesin judi secara dalam talian, selain membuat penyambungan bekalan elektrik secara haram.
"Untuk itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) ada kaedah tersendiri. Mereka ambil maklumat semua pemilik premis dan pemilik perniagaan yang menyalah guna lesen seperti yang saya katakan.
"Kita akan serahkan kepada PBT. Kita akan pastikan mereka ini disenarai hitam. Jika buat permohonan pada masa akan datang, mereka tidak dibenarkan menjalankan perniagaan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas ditemui pada operasi pemotongan bekalan elektrik bersama TNB di sekitar Taman Daya, dekat sini, hari ini.
"Pemotongan elektrik oleh pihak TNB bagi memberi isyarat kepada mereka untuk menghentikan kegiatan judi haram," tegas Ayob Khan.
Katanya, dalam tempoh dua bulan lepas, polis Johor telah mengadakan 695 serbuan dan menangkap 1,018 individu berkaitan pelbagai aktiviti perjudian haram di seluruh negeri.
Dalam operasi bersepadu hari ini, polis bersama TNB membuat pemotongan elektrik di 146 premis.
Kes disiasat di bawah Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Topic Berkaitan
#ayob khan mydin pitchay
#haram
#Johor Bahru
#judi
#lesen
#operasi
#papan tanda
#pbt
#pemotongan elektrik
#polis
#rumah
#salah guna lesen
#senarai hitam
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan