awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Judi raya: Tiga ditahan bantu siasatan dua video promosi judi dalam talian

Sinar Harian
Sinar Harian
20/04/2021
01:48 MYT
Judi raya: Tiga ditahan bantu siasatan dua video promosi judi dalam talian
Mohamad Zainal menegaskan, pihaknya tidak akan berkompromi ke atas individu yang terlibat dalam aktiviti perjudian dan pembikinan video tersebut. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai tiga individu disyaki terlibat dalam pembikinan dua lagi video promosi judi dalam talian ditahan di sekitar ibu negara pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesemua suspek yang berusia dalam lingkungan 21 hingga 42 tahun itu akan direman pada Selasa bagi membantu siasatan.
"Kita mengesan dua lagi video promosi judi dalam talian yang berdurasi 48 saat dan 30 saat.
"Setakat ini sebanyak dua laporan polis telah diterima berhubung kes itu," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Tambah Mohamad Zainal, pihaknya tidak akan berkompromi ke atas individu yang terlibat dalam aktiviti perjudian dan pembikinan video tersebut.
"Tindakan tegas akan diambil berdasarkan undang-undang sedia ada," katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak berkongsi video tersebut.
"Perbuatan sedemikian bukan sahaja salah di sisi undang-undang tetapi juga boleh mendatangkan keresahan dan kegusaran awam," katanya.
Mohamad Zainal memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
Artikel asal disiarkan di portal Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#judi raya
#video
#promosi
#dalam talian
#Mohamad Zainal Abdullah
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan