awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM
Amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri dan Labuan hingga 1 pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Juragan berenang enam jam minta bantuan, bot hampir karam

Petrus Bernard
Petrus Bernard
01/08/2022
10:05 MYT
Juragan berenang enam jam minta bantuan, bot hampir karam
12 individu termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan selepas bot yang mereka naiki karam di perairan Pulau Mantabuan, Semporna.
SEMPORNA: Seorang juragan bot terpaksa berenang dan terapung kira-kira enam jam semata-mata mahu mendapatkan pertolongan selepas bot dinaikinya bersama 11 individu hampir karam di Pulau Mantabuan, Semporna.
Kejadian berlaku pada jam 4.30 petang Ahad itu apabila bot dinaiki mereka dalam perjalanan ke bandar Semporna dari negara jiran.
Bagaimanapun, hampir enam jam kesemua mereka berjaya diselamatkan pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) pada jam 11.14 malam.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah, siasatan mendapati, kesemua mangsa berusia tiga hingga 79 tahun itu yang mana lima daripada mereka merupakan warga asing.
Katanya, siasatan juga mendapati bot yang dinaiki mangsa dipercayai terlanggar kayu yang terapung menyebabkannya bocor lalu dimasuki air.
“Juragan dan penumpang bertindak mengikat tong minyak kosong di bot berkenaan bagi mengelak daripada tenggelam," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurutnya, kesemua mangsa terbabit kemudiannya diserahkan kepada Pasukan Polis Marin (PPM) dan setakat ini juragan serta empat warga asing yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri ditahan untuk tindakan lanjut.
“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 280 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen,” katanya.
Farhan menasihatkan supaya juragan sentiasa berhati-hati dan mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini dari berlaku.
Topic Berkaitan
#bot karam
#Pulau Mantabuan
#juragan berenang
#Semporna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan