awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jakim tidak keluar sijil halal untuk produk sabun berasaskan khinzir
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jurutera warga Romania ditemui pengsan sebelum meninggal dunia di Labuan

Ridzal Abdullah
Ridzal Abdullah
05/04/2017
23:44 MYT
Jurutera warga Romania ditemui pengsan sebelum meninggal dunia di Labuan
Mevlit Stelian, 36, ditemukan tidak sedarkan diri di lokasi berkenaan oleh kru kapal Syarikat Berge Bulk Maritime PTE Limited yang berdaftar di Singapura kira-kira jam 9.30 pagi. - Foto PDRM
Seorang jurutera warga Romania ditemui pengsan di bilik enjin sebuah kapal dagang di perairan barat Labuan pagi semalam. Dia bagaimanapun meninggal dunia sewaktu dikejarkan ke hospital.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Polis (ACP) M.Chandra dalam satu sidang media berkata Mevlit Stelian, 36, ditemukan tidak sedarkan diri di lokasi berkenaan oleh kru kapal Syarikat Berge Bulk Maritime PTE Limited yang berdaftar di Singapura kira-kira jam 9.30 pagi Rabu.
Polis bagaimanapun hanya menerima laporan kejadian pada sekitar 3.20 petang.
Mangsa kemudiannya dibawa ke Kota Kinabalu menggunakan bantuan helikopter TUDM namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Kapal tesebut dikatakan dalam perjalanan ke Yu Lian Shekou, China untuk tujuan penyelenggaraan.
Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang kecederaan di tubuh badan mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk proses bedah siasat.
Topic Berkaitan
#Hospital
#mati
#meninggal dunia
#siasatan
#TUDM
#Warga Romania
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan