awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet buat keputusan minggu depan isu pengambilalihan PLUS

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
30/12/2019
08:20 MYT
Kabinet buat keputusan minggu depan isu pengambilalihan PLUS
Jelas Lim, ia merupakan langkah pertama untuk memastikan pemansuhan tol seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu dapat ditunaikan. - Gambar ASTRO AWANI/SHAHIR OMAR
Kabinet akan membuat keputusan berhubung cadangan pengambilalihan konsesi lebuh raya Plus Malaysia Berhad (PLUS) dan empat lebuh raya bertol lain minggu depan.
Menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, keputusan perlu dilakukan secepat mungkin bagi mengelakkan kenaikan pampasan konsesi lebuh raya yang perlu ditanggung oleh kerajaan.
“Saya rasa ia akan diputuskan minggu depan. Kita juga sudah memaklumkan bahawa kita telah membekukan kenaikan tol.
“Memandangkan kita sudah membeku kenaikan tol, kerajaan perlu membayar pampasan. Jadi, kita perlu membuat keputusan untuk mengelakkan pampasan terus meningkat,” katanya kepada pemberita di sini, pada Isnin.
Jelasnya, ia merupakan langkah pertama untuk memastikan pemansuhan tol seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu dapat ditunaikan.
Terdahulu, Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata Kabinet telah meminta untuk membentangkan semula butiran mengenai tawaran pengambilalihan PLUS.
Katanya, jemaah menteri sudah memutuskan tiga kementerian iaitu Kementerian Kerja Raya (KKR), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Kewangan (MoF) terus berunding menyelesaikan isu berkenaan.
Bagaimanapun, Guan Eng enggan mengulas mengenai cadangan tiga kementerian tersebut.
Topic Berkaitan
#Baru Bian
#kabinet
#Kementerian Kerja Raya
#KKR
#Lim Guan Eng
#Manifesto
#Menteri Kerja Raya
#Menteri Kewangan
#Pakatan Harapan
#PLUS
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan