awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kabinet ucap takziah kepada balu Kanang

Bernama
Bernama
06/01/2013
08:28 MYT
Kabinet ucap takziah kepada balu Kanang
Jemaah menteri Malaysia hari ini mengucapkan takziah kepada Datin Brawang Chunggat, balu Pegawai Waran 1 (B) Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau, atas pemergian wira negara itu.
Ucapan itu disampaikan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta para menteri Kabinet lain sedih dengan pemergian Kanang dan mengutuskan ucapan takziah mereka kepada Brawang sekeluarga.
Pemergian mendiang Datuk Temenggung Kanang Anak Langkau bukan saja merupakan suatu kehilangan bagi keluarganya, tetapi juga kepada negara.
Kami berdoa agar tuhan memberi kekuatan kepada keluarga Kanang untuk meneruskan perjuangan mendiang. Beliau berkhidmat kepada negara dengan begitu cemerlang dan penuh keberanian," katanya.
Chin berkata demikian kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada Kanang di Dewan Suarah di sini.
Topic Berkaitan
#Datin Brawang Chunggat
#Datuk Seri Peter Chin Fah Kui
#Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan