awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
3 rakyat Malaysia ditahan, 97kg syabu dirampas dalam tren Thailand
Liga Super: Kelantan TRW tewas 0-2 di laman sendiri
Khairy fokus kembali sertai UMNO, bincang kerusi PRU masih awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kad raya tetap jadi pilihan Yang di-Pertuan Agong utus ucapan Aidilfitri

Bernama
Bernama
23/03/2025
07:30 MYT
Kad raya tetap jadi pilihan Yang di-Pertuan Agong utus ucapan Aidilfitri
Seri Paduka Baginda berkenan menandatangani kad Hari Raya Aidilfitri untuk diutuskan kepada senarai penerima yang telah diperkenankan Sultan Ibrahim. -Facebook
KUALA LUMPUR: Walaupun dengan kecanggihan teknologi komunikasi seperti telefon bimbit untuk menyampaikan ucapan salam Aidilfitri, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim masih memilih cara tradisional menggunakan kad Hari Raya.

Ringkasan AI
  • Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim masih memilih cara tradisional menggunakan kad Hari Raya untuk menyampaikan ucapan salam Aidilfitri.
  • Seri Paduka Baginda menandatangani kad Hari Raya Aidilfitri untuk diutuskan kepada senarai penerima yang telah diperkenankan.
  • Tradisi tahunan ini mengimbau kembali zaman sebelum kemajuan teknologi komunikasi, di mana kad ucapan digunakan untuk berhubung.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim, Seri Paduka Baginda berkenan menandatangani kad Hari Raya Aidilfitri untuk diutuskan kepada senarai penerima yang telah diperkenankan Sultan Ibrahim.
Tradisi tahunan ini amat dekat di hati Seri Paduka Baginda, kerana ia mengimbau kembali zaman sebelum kemajuan teknologi komunikasi, menurut hantaran itu.
"Dahulu, tiada telefon bimbit, tiada SMS, WhatsApp dan sebagainya.
"Beginilah cara kita berhubung iaitu mengutus kad, menulis ucapan dan menurunkan tanda tangan," titah Seri Paduka Baginda, mengenang keindahan amalan silam yang penuh makna.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Raya Aidilfitri
#kad raya
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan