awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM ucap selamat menyambut Hari Easter kepada penganut Kristian
Konflik Asia Barat: Malaysia perlu amal diplomasi bijak, urus hubungan perdagangan - Anwar
Pemandu maut tercampak, lori terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar jenayah indeks di Kemaman meningkat 9.6 peratus

Bernama
Bernama
26/03/2026
03:11 MYT
Kadar jenayah indeks di Kemaman meningkat 9.6 peratus
Peningkatan jenayah indeks itu didorong jumlah kes jenayah curi yang melonjak 31.8 peratus kepada 29 kes berbanding 22 kes dalam tempoh sama sebelum ini. - Gambar hiasan
Kadar jenayah indeks di daerah Kemaman mencatatkan peningkatan 9.6 peratus kepada 57 kes bagi tempoh 1 Jan hingga 23 Mac 2026, berbanding 52 kes dalam tempoh sama tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata peningkatan itu didorong jumlah kes jenayah curi yang melonjak 31.8 peratus kepada 29 kes berbanding 22 kes dalam tempoh sama sebelum ini.
Beliau berkata jenayah harta benda turut mencatatkan peningkatan 17.9 peratus dengan 46 kes direkodkan berbanding 39 kes tahun lepas manakala kes curi motosikal menunjukkan kenaikan ketara sebanyak 50 peratus kepada enam kes.
“Bagaimanapun jenayah kekerasan menunjukkan penurunan 15.4 peratus kepada 11 kes berbanding 13 kes dalam tempoh sama tahun lepas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas aspek keselamatan jalan raya Mohd Razi berkata jumlah kemalangan maut meningkat 200 peratus dengan sembilan kes direkodkan berbanding tiga kes dalam tempoh sama tahun lepas.
Sementara itu beliau berkata sebanyak 15,555 saman dikeluarkan dari 1 Jan hingga 23 Mac lalu, meningkat 10.89 peratus berbanding 14,027 saman dalam tempoh sama tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#jenayah
#indeks
#Kemaman
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan