awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kadar kerosakan infrastruktur akibat banjir gelombang ketiga sedang dinilai - Ahmad Samsuri

Bernama
Bernama
21/01/2024
10:19 MYT
Kadar kerosakan infrastruktur akibat banjir gelombang ketiga sedang dinilai - Ahmad Samsuri
Kerajaan Terengganu juga mengenal pasti bencana itu hanya menyebabkan kerosakan kecil terhadap sektor pertanian dan penternakan. -Gambar fail/Bernama
MARANG: Kadar kerosakan infrastruktur akibat banjir di Terengganu pada akhir tahun lepas adalah jauh lebih kecil berbanding sebelum ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
Tanpa mendedahkan butiran kerugian berkenaan, beliau berkata pihaknya juga mengenal pasti bencana itu hanya menyebabkan kerosakan kecil terhadap sektor pertanian dan penternakan.
"Untuk gelombang baharu ini kita belum ada lagi jumlah kerosakan, namun ia jauh lebih kecil berbanding banjir sebelum ini.
"Kerajaan negeri juga masih mengumpul bilangan keluarga yang mengalami kerosakan pada kediaman mereka. Kalau tak silap saya tak lebih 1,000 keluarga," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Geran Hak Milik 5A Dewan Undangan Negeri (DUN) Ru Rendang di sini hari ini.
Menurut Ahmad Samsuri kerajaan negeri bersama-sama Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu sedang menyelaraskan bantuan yang sesuai kepada mangsa mengikut keperluan masing-masing.
"Bantuan ini tidak sama sebab kerosakan yang dialami itu pelbagai. Ada yang perlukan bantuan kayu, bata dan atap zink. Itu sedang diuruskan kerajaan ketika ini," katanya.
Beliau turut memaklumkan setakat ini kerajaan negeri tidak bercadang menyalurkan bantuan RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah yang terjejas banjir berkenaan.
Fenomena Monsun Timur Laut sejak November 2023 menyaksikan Terengganu telah dilanda tiga gelombang banjir pada akhir tahun lepas, dengan gelombang terakhir pada 23 hingga 31 Dis membabitkan kesemua lapan daerah.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Ahmad Samsuri Mokhtar
#gelombang baharu
#banjir di Terengganu
#sektor pertanian dan penternakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan